Chow kit semakin membangun tetapi, ia tidaklah begiru ketara dari segi keindahan atau susunan bangunan, ini kerana terlalu ramai pendatang dari luar negara tidak mempunyai disiplin atau etika yang bagus.
Kebanyakan peniaga disini terutama pengusaha kedai makan tidak menjaga kebersihan, seperti membuang sampah dimerata rata tempat, dan tidak menghiasi kedai mereka dengan baik untuk menarik pelancung atau orang ramai.
Salah satu tempat yang melampau kekotoranya ialah dibelakang Plaza GM, dan agak membanggakan dengan kebersihan plaza yang baru siap dibina iaitu Plaza Haji Taib.
Kedai makan di Chow Kit hanyalah indah dibahagian depan dan tidak teratur dibahagian belakang seperti tempat memasak, sebagai contoh kedai yang kotor ialah berada di depan hotel City Villa atau berdekatan dengan Balai Bomba Chow Kit.
Jika anda menjamu selera selera dikedai ini sudah pasti akan dapat lihat beberapa ekor tikus lalu lalang.
No comments:
Post a Comment