About

Chow Kit - Dahulunya dikenali sebagai tempat "Hitam", hitam di labelkan sebagai  pelbagai kisah jenayah yang besar mahu pun kecil.

Kawasan Chow Kit dahulunya dipenuhi sampah sarap serta jalan yang tak teratur serta kebanyakan kedai makan atau restorant di sini amat kotor dari segi kebersihan alam sekitar.

Di Chow Kit juga terdapat tempat tempat pelacuran yang murah, kisah itu terjadi pada era 70 an hinggalah ke 90an. Tetapi pada masa ini Chow kit sudah bertukar imaej menjadi "New Chow Kit"


Era 2000 imej Chow Kit semakin berubah hinggalah kini 2017 alam sekitar dikawasan ini terjaga rapi namun begitu ada beberapa tempat atau jalan serta lorong lorong masih tidak memuaskan dari segi kebersihannya.

Yang terkini pelbagai kedai kedai dari "middle east" telah banyak dibina di Jalan Tar atau Batu Road. Kemudahan seperti masjid telah di bina di Chow Kit iaitu berada di antara Station Monorail.

Beberapa Hotel juga telah dibina tetapi kemudahan "Banking" amat sukar didapati di kawasan ini, yang ada cuma "RHB Bank" dan "Bank Simpanan Nasional".

No comments:

Post a Comment